Pages

Wednesday, April 1, 2009

:: 80 : Earth Hour ::

hello...
okay..
org sibuk cerita pasal Earth Hour sebelum 28 March 2009 haritu..
tp saya baru harini nak cerita...
huhuh...





ramai tak yang bagi sokongan dengan kempen nih?
adakah anda menutup lampu pada Sabtu , 280309 , 8.30pm yang lalu?

Ya...
saya dan keluarga menyokong kempen ini...
yang semangat ialah mak...
mak cakap makan awal , kemas cepat2 , nnt tutup lampu...
siap cakap dkt maid suruh tutup lampu pukul 8.30pm tu...
maid pula mmg banyak tanya , "kenapa kena tutup lampu?? "
adoii... dia mmg banyak tanya la...
"sbb kerajaan suruh.."
saya pula nak jawab , "sebab bumi suruh"
huhuhuhuhu...
:P

so tepat jam 8.30 malam ,
kami berlari2 tutup semua lampu , dalam rumah & luar rumah...
dan semangat juga intai jiran2 mana yang bagi kerjasama...
rupanya tak ramai...
:(

kejadian malam itu :
lampu semua tutup , rumah gelap , tp kami duduk di living hall tengok tv , air-cond tak tutup , jadi sebab gelap , saya baring & terus tidur di sofa sampai mengigau-ngigau banyak kali...
hahahahaha... !! poyo...
:P


okay...
baiklah...
mungkin ada yang akan cakap ,
"eleh...semangat konon ikut Earth Hour , tp air-cond tak tutup , TV tak tutup...apa kess..."
ada ke yang cakap??

ye ,
saya tau ada...
sbb ada kenalan seseorng yang saya kenali telah mempertikaikan tentang kempen ini...

seseorang itu tidak menyertai 'penutupan lampu' itu dengan alasan :
* apsal tutup lampu je ? napa tak tutup semua air-cond , Tv , ?
* setakat tutup lampu je , tp kesedaran lain tak ada , tak guna juga...seperti penggunaan plastik...kenapa masih guna? kan itu pun membantu kepada pemanasan global??
* setakat sejam , ada effect ke???
* dan macam2 lagi lah yang dia pertikaikan & nak gaduhkan...


kepada orang tersebut...
sila jangan cakap tak serupa bikin...

anda beriya-iya tak nak sertai kempen ini...
anda beriya-iya cakap tentang penggunaan plastik dan sebagainya...

apalah salahnya jika anda ikut & sokong kempen ini...
bukan susah , hanya tutup lampu...
senang sangat...
dan hanya untuk sejam shj...
bukan lama...

dan sila fikir...

benda yang sangat senang dan simple ini pun anda tak beri kerjasama ,
mcm mana anda boleh pertikaikan tentang penggunaan plastik & lain2???
tutup lampu pun malas , inikan pula nak tukar plastik dengan beg kertas atau yang lain...
betul tak...
jgn hanya "cakap je pandai..." ...
sila lah buat,.,
buktikan yang anda boleh bagi kesan yang lebih mendalam...

sungguh saya tak faham...

sejam itu walaupun singkat ,
sekurang2nya kita ada effort untuk menolong bumi...
sila bayangkan satu dunia yang tutup , bukan anda seorang shj...
tak dapatkah anda bayangkan bagaimana perasaan si bumi ketika itu?
~ err....saya tahu saya memang seorang yang suka membayangkan sesuatu...saya bayangkan mcm mana bumi rasa apabila satu daripada punca pemusnahan ditutup untuk sementara waktu... :) ~


kempen ini tak minta banyak...
hanya lampu sahaja yg ditutup...
anda nak guna peralatan yang lain , silakan...

ya ,
saya tahu...
kempen ini bukan wajib...
takda siapa yang akan saman anda kalau anda tak sertai...

tapi bagi yang ada kesedaran tentang kesan pemanasan global...
anda pasti faham tentang tujuan kempen ini...
maaf...
saya tak bermaksud semua yang tak sertai kempen ini tak punyai kesedaran...
mungkin anda ada alasan sendiri...
saya faham...
tapi saya hanya tak puas hati dengan mereka yang tak sokong , dan boleh pula nak gaduh2 dan pertikaikan...
hmmmm...
manusia manusia...
apa-apa jelah...
asalkan anda bahagia...























tapi awak tak kesian ke kat bumi???


skrg ni dh panas sgt nih...


ye..
saya tahu...
dunia nak kiamat...
tapi apa salahnya kita tolong apa yang termampu kan...?














bak kata lecturer saya...

kesian dekat anak , cucu cicit , keturunan kita nanti...
kita skrg masih okay...
bayangkan 10 / 20 / 30 / 40 tahun akan datang...
giliran generasi muda yang lain pula untuk hidup di muka bumi ,
kesian mereka , mungkin masa tu suhu bumi dah nk meletup...
anda nak anak cucu cicit anda mcm tu?
kesian kan...


so marilah tolong apa yang mampu...
saya tahu saya sendiri tak banyak membantu...
saya sendiri masih guna air-cond...
masih guna plastik...
masih melepaskan gas-gas yang tak sepatutnya...
tapi masih boleh berubah kan...
~ saya terkejut & bangga bila mak kata nak kurangkan juga penggunaan plastik...kesian bumi ~


jangan lah marah saya dengan entry kali ini...
saya pun berhak untuk menyatakan pendapat saya kan...?



kepada yang sokong & sertai kempen Earth Hour tempoh hari...
TAHNIAH kepada diri sendiri...

kepada yang tak berkesempatan ,
tak apa...
tahun depan ada lagi...
dan kita masih boleh membantu dari segi yang lain dalam kehidupan seharian...
:)















MELEBEY-LEBEY LAH HUNNY NIH MEMBEBEL...
CESSS...











~ Saya Masih Memperbaiki Diri & Tidak Sempurna ~

No comments: