Pages

Wednesday, April 1, 2009

:: 79 : Saya , Kereta Dan Lebuhraya ::

Tempat kejadian : Lebuhraya Persekutuan
Tarikh kejadian : 31 Mac 2009
Waktu kejadian : 5.50 petang
Keadaan kejadian : Jalan sesak manusia mahu balik rumah
Watak kejadian : Saya dan kereta

Cerita kejadian :
saya pulang dr sekolah ( :P )...
setelah melalui jambatan berkabel atau lebih dikenali sebagai 'jambatan pulau pinang' , saya terdengar bunyi 'sssss' dr enjin kereta...
saya tengok suhu kereta...
cesss...
dah sampai merah !!!
saya berhenti di tepi , betul2 sebelah KTM Setia Jaya...
terus saya telefon emak & emak telefon abah & abah ketika itu sedang berada di workshop baiki kereta adik...
saya menunggu dengan sabar...
tak berani keluar kereta kerana banyak kereta lalu sebelah , nanti pintu keretaku akan tercabut melayang...
cesss..
sebenarnya takut nanti ada orang datang nak ngorat...
cess...
bukan juga...
takut...err... faham2 jelah...

jadi saya duduk sahaja dalam kereta menunggu abah sambil tiada pendingin hawa (mcm mana eja nih) ...
magisnya..saya tidak berpeluh... :P

5 minit berlalu...
dua 'mamat' lalu dan melihat...
saya teruskan membaca ayat-ayat yang sepatutnya...

8 minit berlalu...
sebuah van berhenti di belakang...
kemudian , blah...

13 minit berlalu...
telefon mak , rupanya abah baru bertolak sebab kereta baru siap...

17 minit berlalu...
polis bermotor berhenti di hadapan dan menunjuk suruh gerak ke hadapan & saya hanya menggeleng...
(sila baca dengan nada lemah-lembut kerana saya & En polis saling menghormati)
"kenapa cik?"
"saya tak boleh gerak , suhu naik tinggi..."
"tapi tak boleh berhenti di sini , nanti traffic jam"
"saya tak boleh gerak , suhu naik tinggi..."
"suhu naik tak apa , masih boleh gerak sikit..."
"tak apalah , saya tunggu ayah saya..."
"baiklah , nanti kalau dah ok , sila gerak perlahan-lahan ya"
"terima kasih en."
peliknya juga , saya tak nervous langsung dengan En Polis , selalunya saya akan berdebar tahap jantung berdegup lepas lari 1000m...
terima kasih En Polis kerana tak saman saya atau marah saya...hehehe...

20 minit berlalu...
sebuah trak tunda lalu...
saya nervous , mana tahu dia kata mahu tolong tarik , saya mahu kata apa???
nasib tak...

23 minit berlalu...
sebuah lagi kereta berhenti di belakang saya...
takut...
rupa2nya mahu mengambil awek / isteri dari KTM...
baiklah...

26 minit berlalu...
sebuah lagi tow truck lalu...
saya baca doa lagi...

35 minit berlalu...
alhamdulillah...
abah sampai dengan seorang mekanik...
saya masuk kereta abah...
abah bersama mekanik memeriksa kereta...
saya hanya tunggu...
kemudian abah gerak...
saya gerak...
jalan sedikit...
abah berhenti lagi di tepi jalan...
tapi saya teruskan perjalanan...
huhuhh...
terlajak daaa...
mana tau abah nak berhenti...
takkan saya nak berhenti tiba2...
:P
abah kata pergi ke kedai mekanik itu dulu & tunggu sana...

saya sampai & tunggu abah...

1minit berlalu...

5 minit berlalu...

10 minit berlalu...

15 minit berlalu...

saya call abah...
rupa-rupanya tengah tunggu lori untuk tarik kereta...

20 minit berlalu...

25 minit berlalu...

30 minit berlalu...
abah sampai bersama kereta di atas lori...
kesian kereta...
:(

kereta terpaksa tinggal di bengkel kerana sudah pukul 7.30pm...
kedai mahu tutup...

persoalannya...
esok saya mahu naik apa ke kelas???

yeaa...
sila ponteng...
:P
cess...
sila jalan kaki...
baiklah...
boleh pecah lemak...
terima kasih...
:)




apa yang bermain di fikiran ketika keseorangan di highway?
* teringat kejadian yang berlaku kepada ayah saudara tempoh hari di Lebuhraya DUKE... tak perlu lah dicerita... :P


apa yang menarik tentang saya ketika keseorangan di highway ? (yg mana , biasanya , berlaku sebaliknya...jadi ini merupakan satu 'pencapaian' untuk saya...hahahahaha... gedix...)
* saya cemas sedikit pada awalnya...
~ biasanya akan cemas banyak ~
* selepas call mak , abah , saya sedikit rileks...
* saya tidak nervous tahap gaban seperti kebiasaan...
~ biasanya akan nervous tahap gaban , gabun , gobon dan sebagainya... ~
* saya tidak nervous tahap peluh mencurah-curah seperti nak buat satu kolam renang untuk saya berenang...
~ biasanya akan berpeluh macam baru lepas mandi...baiklah...sangat tak malu... ~
* saya dapat membaca ayat-ayat dengan tenang dan lancar... alhamdulillah...
~ biasanya , kalau saya nervous , satu ayat pun saya tak ingat... :P ~
* SAYA TIDAK MENANGIS... !!! hahahaha... bagus kan saya... pertama kali saya tak menangis... :P
~ biasanya , saya menangis dulu sebelum apa-apa...biasalah...saya kan Ratu Air Mata...hahaha... ~


Syukur Alhamdulillah tiada apa-apa yang terjadi...
terima kasih ya Allah kerana melindungi diriku...
:)




baiklah...
saya mahu tidur...
assalamu'alaikum...
selamat malam...
:)


~ Rajin-rajinlah cek suhu kereta ketika memandu... ~

No comments: