Pages

Tuesday, February 10, 2009

:: 60 : Shah Alam Ada Zoo + Good News From PGLtM III ::

Berita COH... Colors Of Hunny lerrr...

Tajuk utama...
Besar kemungkinan Shah Alam akan buka taman jagaan haiwan yang mungkin diberi nama Zoo Alam Rimba....
ini berikutan penemuan pelbagai jenis binatang di sekitar kawasan Shah Alam...
seperti di kawasan rumah saya...
pelbagai binatang tiada tuan telah dijumpai sejak saya pindah di sini 4 thn yang lalu...
antara spesis-spesis yang ditemui adalah :
* semut lipas cicak tikus a.k.a Cik Ti
* Kucing a.k.a no other name
* Musang a.k.a Pak Mus
* Burung-burung murai yang berwarna-warni dan suka menyanyi merdu di halaman rumah dan berpaut di mana-mana yang boleh dipaut.
* Anjing
* Tupai a.k.a Miss Pai Pai
* Serigala
* Kerengga
dan penemuan terbaru (di rumah saya la...kalau di UiTM tu mmg dh habitat tetap depa ) , semalam terdapat seekor monyet memanjat bumbung rumah kami dan mengintai-intai kami...
beliau telah memeranjatkan pembantu rumah kami sehingga menjerit sekuat hati & terkedu seketika...Monyet itu hanya memandang ke arah kami dan kemudian beralih tempat dan terus memandang kami sambil dalam hati berkata "mereka ni siuman ke tak , pandang aku macam tak kenal aku pula"...
Binatang itu sangat mengejutkan kerana saya sendiri sangat takut dengan spesis itu kerana saya ada beberapa pengalaman bersama mereka :

1) sewaktu kecil2 dahulu di Bukit Feringgi (betul kan eja ?) kalau x silap tempatla... kami telah pergi melawat mereka dan pelawat2 sibuk memberi makanan...saya tidak ingat adakah saya juga sibuk memberi mereka makan , tetapi yang pasti , monyet tersebut telah kejar aya dan mencakar tangan saya yang mulus ini...akibatnya , saya menangis sepuas hati... terima kasih...

2) sewaktu belajar di UiTM Shah Alam , di parking building yg bertingkat-tingkat berdekatan Dewan Sri Budiman dan Dewan Annexe itu adalah tempat mesyuarat mereka...saya sering di kacau mereka yang suka mengejar , memanjat kereta dan meng'usha' pelajar2...GATAL !!! pernah beberapa kali ketika mahu ke kereta , nampak dr jauh mereka menjadikan bumbung kereta saya sebagai meja mesyuarat...macam mana saya mahu ke sana??? Solutionnya , sy menekan alarm kereta tetapi monyet-monyet itu sgt bijak dan terus memandang ke arah saya sambil berkata dalam hati "sila senyap ketika bermesyuarat" dan sebagai hukuman , mereka lari ke arah saya... saya menjerit & mahu menangis tapi ketika itu tiada seorang pun di kawasan parking itu !!!! nasib baik monyet itu agak baik dan berpatah balik kerana ingin menyambung agenda tadi...saya menumpang kawan untuk ke kereta & mereka telah pergi...cesss... itu bukan kali pertama & itu bukan hanya terjadi sekali..!!! banyak kali !!! kadang2 mereka menyorok di bawah kereta dan tiba2 keluar dan cakap "CAK" !!! banyak lagi cerita tapi tak perlulah cerita banyak sbb saya dah penat taip cerita dongeng pasal monyet... XD

oh ada lagi satu...
dulu kat kawasan Stesen Shell di tepi federal Highway byk spesis ini mencari makanan... tp skrg sudah tiada akibat rumah habitat mereka telah di tebang untuk di buat kawasan kedai-kedai & perumahan...sebab itu monyet2 itu berlari pintang pukang tiada arah tuju dan salah seekor telah sesat di rumah saya... cesss...
oh ye... iklan... di kawasan habitat lama mereka itu , ada kawasan kedai-kedai baru...terdapat satu restoran kegemaran emak iaitu Restoran Qaseh ~cess..ambil nama kite...sbb tu kite pun suka makan situ~ ...makanan2 nya sedap-sedap belaka...cara buffetnya seperti di hotel... pagi-pagi ada cereal & oven roti bakar seperti di hotel... saya suka makan di stu...mak juga...abah juga...kakak juga...adeq...err...beliau jarang balik rumah..hehehe...
terdapat juga restoran Geng Corner di mana itu adalah milik syarikat Les' Copaque iaitu yang terbitkan cerita Upin & Ipin...sesiapa mahu berjumpa membeli t-shirt kembar itu boleh ke sana...hahaha...
ada bayar apa-apa ke buat iklan nih??? hahahaha



sekarang...
tajuk kedua utama...
saya yang merupakan pendengar setia HOTfm telah mendengar berita mereka pagi tadi dan ini adalah berita gembira terloncat-loncat bagi mereka yang ingin menonton Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang musim ke-3...
mereka telah membuat keputusan untuk menambah satu hari lagi pementasan teater tersebut iaitu pada hari Ahad 22 Februari 2009.
Tiket akan mula dijual pada esok hari (agaknyala) . Bagi mereka yang belum mendapatkan tiket , sila dapatkannya segera kerana dikhuatiri tiket akan habis dijual dalam masa satu minit sahaja
saya pun tak dapat anggarkan...jadi sila ke kaunter box office di Istana Budaya secepat mungkin untuk membeli tiket atau di mana-mana cawangan Axcess Ticket yang berhampiran dengan lokasi anda menjemur kain.
Saksikanlah kehebatan vokal , tarian & lakonan Datin Seri Tiara Jacquelina beraksi sebagai Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah yang memang tidak dapat disangkal lagi...menyaksikannya secara langsung berserta dengan iringan muzik yang sangat mendebarkan dan menaikkan bulu roma adalah sangat sangat sangat sangat sangat sangat berbeza jika hanya mendengar lagu-lagu dari CD yang dibeli ketika musim ke-2 atau mungkin akan di DVDkan pada masa akan datang. Saya tidak bercakap kosong...Anda perlu tonton sendiri dan buktikan yang saya bohong. (*_^)

~ semua gambar2 di bawah di ambil dari sini ~





~ gambar-gambar diambil dari sini ~


itu sahaja...
hadoii...
panjang giler...
okla...
nak sambung study...
esok paper F&B Cost Control dengan kitchen !!!
wooo...nervous...
doakan saya...
:)

daaaaaaaaa
assalammu'alaikum...

~ Lagu nenek kebayan dengan syarat2nya sangat sedap...tak percaya ? pergi la beli tiket ~

No comments: