Pages

Thursday, March 26, 2009

:: 76 : Chicken Teriyaki & Bread Cream Caramel ::

harini pagi petang kelas cancel...
hmmmm
happy pun ada...haha....
tp tak apa...

harini mak kata kalau nak makan malam masaklah sebab mak nak ke rumah adiknya dgn abah...
so saya pun terus rasa nk try resepi yang mmg dh usha-usha...
huhuh...


mula-mula ingat nak buat butter chicken dari videojug...
tp ada bhn yang tak ada...malas nak ke kedai...hahaha....

so tukar...
buat Chicken Teriyaki...
thanx to Kak Ummi sebab berkongsi resepi... :)
sedap jugak...
rasanya nak buat lagi lain kali tapi guna isi ayam dan isi daging yang dah potong kecil...mcm makan dekat Restoran Seoul Garden...sbb dh rindu makan kt situ lah saya nk buat resepi nih...hahaha... haritu makan kat sana dalam bulan January kot...hadoii...rindunya...nak pergi lagi !!!

Chicken Teriyaki


  • 5/6 potong ayam (bahagian apa-apa jelah)
  • 3 tbsp madu
  • 4 tbsp kicap manis
  • 1/2 tbsp sos tiram (ni saya yang pandai2 tambah...huhuhu...)
  • 1 tbsp gula
  • 3 inci halia (diparut atau ditumbuk)
  • 3 biji bawang putih (diparut atau ditumbuk)
  • 1 tsp garam
  1. Gaul kesemua bahan dan perapkan ayam selama satu jam atau lebih dalam peti ais
  2. Guna non-stick pan (ini penting sebab ada gula nnt hangit). panaskan sedikit minyak
  3. Masukkan semua ayam dan tuang sedikit bahan perap ke atas ayam.
  4. Tutup pan dan masak dengan api perlahan. Sesekali terbalikkan dan tuang lagi bahan perap.
  5. Saya masak selama 10 minit untuk setiap bahagian (depan belakang) dan Alhamdulillah ayam masak dengan cantik. :)
  6. Hidangkan. :)


Lagi satu...
saya buat Bread Cream Caramel...(wah...pandai2 tukar nama nih)
resepi dari Kak D ...thanx akak. :)

Saya try resepi nih sebab roti kat rumah ada beberapa keping lagi dan harini dah sampai dia punya expiry date...
sedap juga....tp agak manis...mungkin boleh kurangkan gula kepada 3 tbsp shj...rasanya tidak seperti cream caramel yang biasa kerana ada roti & kurang telur...sebab kurang telur tu jugalah saya cuba resepi ini...nk guna byk2 sayang pula...hahaha...
ok ini resepinya... :)

Bread Cream Caramel
(resepi ini untuk satu hidangan...jika mahu lebih , boleh gandakan...tadi saya buat 2 adunan...)


Bahan A (dikisar) :
  • 1 cawan susu cair
  • 1 biji telur
  • 3-5 tbsp gula
  • 1 keping roti (gardenia atau lain)
Bahan B (caramel) :
  • 3 tbsp gula
  • 6 tbsp air (di asingkan kepada 2 bahagian)
  1. Sediakan gula / caramel nya dahulu. Masuk 3 tbsp gula dan 3 tbsp air dalam periuk dan masak atas api perlahan sehingga keperangan.Tutup api dan masukkan 3 tbsp lagi air perlahan-lahan dan kacau.
  2. sementara itu , kisar bahan A .
  3. Panaskan pengukus dan pastikan air mendidih.
  4. Tuang caramel tadi ke dalam loyang dan diikuti dengan adunan susu tadi.
  5. Kukus dengan api perlahan selama 20 minit
  6. Sejukkan sebelum dihidang.
  7. Jangan makan banyak. :)
  8. Enjoice !

okie...
itu sahaja...
mahu tidur...
esok ada kelas dapur...
wah...
seronoknya...
:)


~ 2 lecturer mahu pindah dan tetiba saya rasa mcm kehilangan lecturer kesayangan...sedihnya... ~

No comments: