Pages

Sunday, March 8, 2009

:: 68 : Restoran Kerisik & Komputer yg sgt Cerewet & Filem Confessions of a Shopaholic ::


-mobile blogging-

Hello...
Tghari td kami lunch di restoran Kerisik di wangsa maju..
Mak dh lama usha rest. ni tiap kali mkn kt rest. Cheng Ho milik penyanyi Amy Search... (Ohh..adakah anda tahu makanan di rest. Cheng Ho adalah sgt sedap,hinggakn setiap kali kami dtg,mest penuh dan kdg2 terpaksa tngu dlm senarai 'waiting list' yg mana anda terpaksa tunggu di luar rest. hingga ada pelanggan yg sudah selesai dan pulang,sila ambil perhatian,adakah anda akan makan dgn cepat?tidak bkn? Jd apa yg anda boleh buat ialah duduk di kerusi luar dan melihat ke dalam kedai dgn membuat muka kesian dan muka lapar tak makan 10 hari dgn harapan akan ada yg bersimpati dan akan menghabiskan makanan dgn cpt dan blah dgn pantas dan anda akan ikut giliran pula dlm senarai 'waiting list' td dan tunggu lagi...walaupun begitu,kami tetap sanggup tunggu sbb saya sgt suka akan menu 'mango chicken'nya dan juga 'buttered squid'..itu adalah menu wajib kami setiap kali dtg ke situ sejak thn lps..)
Oh,apa saya merepek ni..

Kembali kpd cerita asal..
Rest. Kerisik ini terletak bersebelahan dgn rest. Cheng Ho itu..
Kelihatan seperti tiada pelanggan sbb cermin dindingnya sgt gelap dan tak nampak dlm..bila masuk dlm,ya, mmg tiada org pun (sedangkn pada waktu itu,di rest. Cheng Ho terdapat beberapa orang sedang menunggu di luar ,apalagi , tngu giliran nk masuk dan melantak la)...mengapakah mereka tidak mahu cuba rest. Kerisik ini? Adakah menunya tidak sedap? Jadi kami pun mencubalah menu2nya..
Yg kami order :
. Ikan jenahak masak stim limau
. Tomyam campur
. Ayam masak 3 rasa
. Sotong goreng tepung
. Sayur apa td eh? Lopa..
. Telur goreng dadar

Hmm..ok jgk masakannya..sedap jgk (walaupun takdala meletup sgt ,tp ok la..)
Sy suka ayam 3 rasa , tomyam pun ok jgk , ikan agak kurang fresh mayb sbb tiada pelanggan ,jd bkn ikan baru..
Jadi persoalannya..mengapakah tiada orang dtg kedai tsebut? Kebetulan ,ketika kami sedang menjamu selera di situ , ada 2 org wanita cina masuk ,tp keluar balik , tak jadi mkn di situ.. Kemudian , ada lg 2org lelaki masuk jg,tp keluar balik jg..sy sgt geram.. 'dah masuk,masuk je la'.. Maybe mereka ingt ada lauk tsedia ,rupanya masakan panas..kakak sy pula berkumat-kamit membaca ayat 1000 dinar..dan sebentar kemudian , 2org lelaki td masuk kembali dan mengambil tempat duduk dan melihat menu..alhamdulillah..
Lps itu, sy turut serta membaca ayat itu ,dan kemudian dtg lg 2org dan trus duduk dan melihat menu..kami gembira dan ingin pulang.. (Cess,bunyi mcm dtg utk baca ayat dan tarik pelanggan pula)
Ketika mahu keluar dr kedai ,di pintu masuk sy sempat berhenti dan membacakan ayat td..harap2 tuan kedai tak marah..tak tahu samada anda perasan atau tidak,tp jika anda perasan , jgn risau , sy bknnya baca ayat yg bkn2 , sy hny tlg bacakan ayat 1000 dinar utk anda..harap2 lps ni ,akan ada ramai pelanggan dtg ke kedai anda..insya Allah..

Jd kepada anda, anda dan anda..
Jika ingin mencuba makan di kedai lain pula , silalah dtg ke rest. Kerisik di wangsa maju , bertentangan dgn carrefour wangsa maju..sokonglah pengusaha melayu kita..
Harap2 lps ni , rest. Kerisik akan pelbagaikan lg pilihan menu anda utk menarik lebih ramai pelanggan dan laburlah sedikit duit utk buat promosi..
Sekian cerita pertama..

Cerita kedua ,
Komputer sy (err...bkn..komp kakak sy) sgt mengong.. Beliau sgt seggal..kini sudah ada penyakit tdk mahu 'on' pula..jd sy tdk dpt online..
Ya..sy sgt panas hati.. Ingt lg laptop sy yg rosak akhir thn lalu? Sy masih belum baikinya lg..kini desktop ini pula yg buat hal..jd apakah yg perlu sy lakukan?
Ya..sy tahu..sy akan menghabiskn masa sy dgn membaca novel2.. :p ..

Oh ya..
Skrg dh bln Mac..
Sy tak sabar tngu movie 'confessions of a shopaholic' utk keluar panggung..aduh..lamanya menunggu.. Sy br habis ulang baca novelnya..sbb utk kembalikan ingtan sy trhadap jalan ceritanya..dan kini dah sgt tak sabar..jd sy sambung pula dgn novel2 siri 'shopaholic' yg lain..sy rindu dgn Luke Brandon sudah..hadoi.. Lamanya nk tngu..hmm..


~ tgk...betapa saya & kakak menjaga novel2 ini...mcm x pnah baca pun kan...hahaha... ~

~ minggu dpn dh start kelas balik ,sy pula dalam keadaan yg sgt tidak sihat badan ~

No comments: